Monday, June 1, 2009

Anugerah Telekom Frost & Sullivan Malaysia 2009: Celcom menang dua anugerah utama

Buletin ini diterjemahkan daripada akhbar The Star

KUALA LUMPUR: Celcom (M) Bhd membawa pulang dua anugerah 2009 Frost & Sullivan Malaysia Telecom semalam
Ia membawa pulang anugerah Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Data Terbaik 2009 dan anugerah yang menjadi rebutan - Penyedia Perkhidmatan Tebaik 2009.
Ini adalah acara yang ditunggu-tunggu dalam industri telekomunikasi, 18 anugerah telah diberikan dalam acara gilang-gemilang ini. .
Lebih 200 tetamu, pemimpin industri dan personaliti terkenal dari industri telekomunikasi menghadiri majlis ini, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, CEO Celcom Datuk Seri Shazalli Ramly, CEO MNC Wireless Bhd Jamine Lee Sze Inn, Pengarah Urusan Cisco Systems, Anne Abraham and Presiden Huawei Technologies Asia-Pacific, Victor Wang.
Dalam ucapan tahniah kepada pemenang, Timbalan-Presiden Senior Frost & Sullivan untuk Maklumat dan Teknologi Komunikasi, Nitin Bhat berkata: “Para pemenang telah mengatasi cabaran dalam pasaran yang semakin tepu di Malaysia dengan kombinasi yang inovatif, kepelbagaian produk dan perkhimatan, fokus kepada pelanggan dan juga menunjukkan halatuju yang meyakinkan dan juga menyeronokkan.”
Para penerima anugerah dipilih oleh para juri daripada tokoh-tokoh terkenal, pemimpin -pemimpin industri telekomunikasi tempatan, media dan juga para penganalisis dari Frost & Sullivan. Para peserta dinilai berdasarkan kepada pelbagai petanda persembahan sebenar pasaran seperti peningkatan pendapatan, perkongsian pasaran dan peningkatan perkongsian pasaran, inovasi produk, kepelbagai produk dan penyelesai, tuntutan utama pengguna, bilangan pengguna dan pertambahan pengguna, pendapatan untuk satu pengguna (ARPU) dan pertumbuhan in ARPU, strategi data dan juga strategi perkhidmatan generasi akan datang.

0 comments:

Post a Comment